TAHNIAH KEPADA PASUKAN CATUR SKBJ 2008!
Ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada murid-murid SKBJ yang bertanding di
Pertandingan Catur peringkat MSSD Petaling Perdana yang diadakan pada
24 dan 25 Mac lalu di Sekolah Kebangsaan Sekyen 9. SKBJ telah
menghantar 4 pasukan yang terdiri dari 4 pemain untuk setiap pasukan.
Dua pasukan untuk setiap kategori - Bawah 12 Tahun Lelaki dan Bawah 12
Tahun Perempuan.
Pasukan SKBJ A lelaki yang terdiri dari Fikri Bin Saleh, Adam Bin Mohd
Jamil, Muhammad Ishraf Bin Mohd Rauf dan Muhd Ihsan Syahiran telah
berjaya menedapat tempat kedua dengan 23 mata, ketinggalan 4 mata di
belakang juara SKJC Lick Hung, sementara pasukan SKBJ B yang
dianggotai oleh Aminur Nirza Bin Azrin, Muhd Irfan Rendrawan, Imran
Faiz, dan Amirul Amsyar telah berjaya mendapat tempat keempat dengan
mememenangi 20.5 mata ketinggalan 2 mata di belakang SJKC Tun Tan
Cheng yang mendapat tempat ketiga.
Sementara pasukan SKBJ A perempuan yang diwakili oleh Jane Wee Li Yen,
Sharmine Nadhrah Mohd Rauf, Aina Farzana Binti Che Mohd Azemin dan Nur
Faqihah Aminuddin telah berjaya mendapat tempat kedua di belakang SK
Sri Serdang dengan mengumpul mata yang sama iaitu 21. Sementara
pasukan SKBJ B perempuan telah membuat satu kejutan dengan berjaya
mendapat tempat keempat dengan hanya kekurangan 1/2 mata di belakang
SKJC Lick Hung yang mendapat tempat ketiga.
Kejayaan pasukan catur SKBJ menjadi lebih bermakna apabila Fikri dan
Aina Farzana masing-masing mendapat tempat ketiga kategori individu
masing-masing. Fikri memperolehi 6.5 mata di belakang dua pemain SKJC
Lick Hung sementara Aina Farzana memperolehi 6 mata di belakang dua
pemain adik-beradik dari SK Sri Serdang yang mendapat tempat pertama
dan kedua. Mereka berdua akan mewakili pasukan MSS Daerah Petaling
Perdana di peringkat negeri Selangor. Sementara itu, enam (6) daripada
lapan (8) orang pemain perempuan SKBJ berjaya mengungguli tempat 10
teratas. Ini merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan.
Kudos dan ucapan SYABAS juga wajar diucapkan kepada guru-guru
pembimbing catur terutamanya Cg Rosima yang telah bertungkus lumus dan
berusaha bersungguh-sungguh mengurus dan melatih pemain-pemain. Dengan
kejayaan kesemua pemain menaiki podium menerima hadiah, sudah pastinya
beliau merasa sangat gembira dan berpuas hati dengan kesemua prestasi
anak-anak muridnya dan pengorbanan masa cutinya berbaloi dan
membuahkan hasil.
Tahniah dan ucapan SYABAS juga kepada semua ibubapa pemain-pemain yang
komited dan supportive ke atas anak-anak mereka. Selain itu ucapan
TERIMA KASIH kepada semua yang memberi sumbangan dan bantuan dalam
pelbagai bentuk bagi menyokong pasukan catur SKBJ.
Insya Allah, di tahun hadapan SKBJ akan memberi kejayaan yang lebih
baik kerana memiliki pemain-pemain pelapis yan berpotensi. Teruskan
USAHA dengan gigih dan tekun. Diharap para ibubapa SKBJ dapat memberi
sokongan, sumbangan dan bantuan bukan sahaja dalam catur tetapi juga
lain-lain aktiviti ko-kurikulum semoga murid-murid SKBJ akan
memperoleh kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi. Kepada yang ingin
memberi sumbangan dan bantuan untuk Kelab Catur SKBJ sila berhubung
dengan Cg Rosima.
SKBJ CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG!
Untuk info lanjut tentang Pertandingan Catur peringkat MSSD Petaling
Perdana, sila ke http://skbjchessclub.googlepages.com.
"CATUR PENJANA MINDA PELAJAR CEMERLANG"